Dalam kejadian pukul 12.30 tengah hari itu, Nurul Syakinah Afiah Muhammad Husin yang merupakan anak seorang anggota tentera dipercayai meninggal dunia di tempat kejadian.

Menurut sumber, ketika kejadian mangsa berada di rumah tersebut bersama bapanya manakala ibunya keluar bekerja.

“Bapa kanak-kanak itu yang berusia 30-an kemudian turun ke bahagian bawah apartmen sembilan tingakat itu untuk membeli barang di sebuah kedai.

“Mangsa yang dipercayai bermain di bahagian dapur terjatuh dari lokasi tersebut ke tingkat bawah dan kejadian itu disedari beberapa penduduk,” katanya di sini hari ini.

Mayat kanak-kanak itu telah dihantar ke Hospital Port Dickson di sini untuk bedah siasat dan telah dikebumikan di kampung keluarganya di Jempol. - UTUSAN ONLINE