Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Kampus NIOSH latih 25,000 pekerja

LEE LAM THYE ketika melawat Kampus Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) di Ke
LEE LAM THYE ketika melawat Kampus Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) di Kemaman, Terengganu semalam.

KEMAMAN 12 Mac – Kampus Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) di sini yang dijadualkan beroperasi pertengahan tahun ini berupaya melatih sehingga 25,000 pekerja.

Pengerusi NIOSH, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, jumlah itu menunjukkan peningkatan berbanding 20,000 pekerja sebelum ini.

“Dengan adanya pusat kecemerlangan NIOSH, saya yakin industri minyak dan gas yang pesat membangun di Pantai Timur mampu mengekalkan tahap keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang tinggi selain menepati piawaian antarabangsa,” katanya kepada pemberita selepas melawat tapak projek kampus tersebut di sini hari ini.

Pembinaan kampus yang menempatkan bangunan dua tingkat dan dilengkapkan dengan peralatan canggih itu melibatkan peruntukan sebanyak RM4.6 juta.

Menurut beliau, secara keseluruhan, NIOSH melatih kira-kira 120,000 pekerja setiap tahun dalam pelbagai bidang berkaitan keselamatan serta kesihatan pekerjaan justeru kewujudan kampus itu penting kepada industri minyak dan gas.

Lam Thye memberitahu, NIOSH menerima permintaan tinggi bagi kursus keselamatan dan kesihatan pekerjaan berkaitan bidang petroleum dan gas khususnya di kawasan pertumbuhan industri itu di Kerteh, Terengganu; Pengerang, Johor serta Bintulu, Sarawak.

“Bagi wilayah Pantai Timur, NIOSH menjangka peningkatan berterusan untuk latihan apabila Kluster Minyak, Gas dan Petrokimia di bawah inisiatif Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) terus berkembang maju,” jelasnya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain