Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, kampus itu yang kini memasuki fasa 87 peratus penyiapan dijangka memulakan pengambilan untuk program diploma pada September nanti.

Katanya, kampus terbabit akan menawarkan kursus pengurusan, kepimpinan dan pentadbiran untuk memperkasa serta memantapkan peranan pemimpin masyarakat di negeri ini.

“Selain pemimpin masyarakat, jawatankuasa kampung peringkat akar umbi turut mendapat manfaat daripada pembinaan kampus ini,” katanya dalam sidang akhbar selepas mengadakan tinjauan mesra di tapak projek kampus itu di sini hari ini.

Yang turut hadir, calon Barisan Nasional (BN) kerusi Parlimen Kota Samarahan, Rubiah Wang dan Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar)Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Norison Ramli.

Mengulas lanjut, Fadillah berkata, beliau melihat pembinaan Kampus Infra terbabit bersesuaian dengan bahagian Samarahan yang sinonim sebagai ‘Bandar Ilmu’. - UTUSAN ONLINE