REEZAL MERICAN NAINA MERICAN
REEZAL MERICAN NAINA MERICAN

Ahli Parlimen Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, keputusan paling wajar berada di tangan Menteri Pendidikan itu sendiri kecuali ia terpalit dengan sikap cuai dan penting diri sendiri yang berlebihan.

Semakin hari, katanya, imej kerajaan semakin dirosakkan dengan sikap dan tindakan sebahagian anggota pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan yang lemah.

“Usaha dan tindakan Menteri Pendidikan sewajarnya memenangi hati rakyat, namun ia sudah berlaku sebaliknya. Sebenarnya, kajian semula ini tidak perlu pun dilaksanakan sekiranya Menteri Pendidikan sendiri mempunyai kesedaran untuk tidak membenarkan dirinya terkait dengan polemik pelantikan ini. Justifikasi yang diberikan kononnya pelantikan dilakukan sebagai usaha dan inisiatif penjimatan kepada kerajaan, adalah cukup longgar dan tidak berasas.

“Cukup malang, setelah beberapa bulan memegang jawatan Menteri Pendidikan, itu sahajalah ikhtiar penjimatan yang boleh difikirkan oleh seorang Menteri. Mungkin Menteri perlu melihat kepada struktur perjawatan di pejabatnya sendiri yang dikatakan mempunyai jumlah pegawai yang paling ramai,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini. - UTUSAN ONLINE