Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, tragedi kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah yang telah mengorbankan 23 nya­wa wajar dijadikan con­toh terbaik bagi mengingatkan semua pihak tentang betapa pentingnya pembelajaran nilai-nilai moral dan keagamaan di sekolah.

Beliau pada masa sama menyifatkan nilai moral dalam kalangan pelajar pada hari ini semakin berkurangan terutama menghormati ora­ng tua.

“Dulu, kalau ber­kelahi tidak sampai ma­hu bakar rumah ora­ng, paling tidak pun tidak bercakap sa­tu sama lain atau ba­ling batu kecil ke rumah mereka. Tetapi hari ini, guna silinder gas, pergi bakar pusat tahfiz.

“Kenapa? Kerana tia­da nilai positif. Mu­ng­kin keluarga ju­ga tiada nilai moral yang positif. Sebab itu kita kena balik semula kepada sistem pendidikan, untuk orang Islam, belajar agama,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mengha­diri pelancaran Pameran Pendidikan Tinggi Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) 2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Adnan yang merupakan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pahang akan membawa perkara tersebut ke Mesyuarat Majlis Tertinggi parti dalam masa terdekat.