Ahmad Zahid Hamidi
AHMAD ZAHID

Timbalan Perdana Menteri berkata, keputusan untuk tidak memberikan permit untuk debat berkenaan bukan datang daripadanya atau Perdana Menteri tetapi merupakan keputusan operasi yang dibuat pihak polis.

“Saya perlu mengkaji dahulu, sekiranya dirasakan debat itu patut diteruskan, mungkin polis patut memberi permit, tetapi sekiranya mereka (polis) ada alasan yang tidak boleh didedahkan kepada umum, saya perlu hormati keputusan mereka,” katanya kepada pemberita semasa lawatan ke The International Modern Arabic International School (IMAS) di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE