Berkongsi pengalaman me­ngenai keperibadian baginda, Pengarah Kolej Komuniti Ba­ling di Kedah, Sobah Abdul Hamid mengakui teruja melihat kemesraan antara rakyat dan pemerintah dalam satu majlis.

“Saya menghadiri satu majlis perkahwinan di sini pada 12 Januari lalu dan tidak menyangka baginda turut mencemar duli hadir bersama Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

“Saya lihat baginda berdua mudah didekati malah sempat beramah mesra dengan tetamu sepanjang perjalanan menuju ke tempat yang dikhaskan selepas keluar dari kenderaan,” katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

Menurut Sobah, pada awalnya dia beranggapan ma­j­lis tersebut berlangsung meng­ikut protokol namun sebaliknya apabila ramai tetamu kelihatan ingin bergambar bersama bagin­da berdua.

“Saya agak terkejut apabila melihat orang ramai berswafoto dengan baginda. Saya tidak ke­tinggalan mencuba nasib untuk bergambar kenangan,” ujarnya.

Tambahnya, dia tidak me­nyangka Sultan Abdullah dan Tunku Azizah sudi berswafoto malah baginda bertanya khabar dan berbual dengannya.

“Secara peribadi saya amat kagum dengan baginda berdua dan rakyat Malaysia sangat beruntung apabila baginda dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong,” katanya.