Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Kad ucapan gergasi khas hadiah buat guru

Guru-guru SK Sik teruja  menerima kad ucapan gergasi, hasil inisiatif
Guru-guru SK Sik teruja menerima kad ucapan gergasi, hasil inisiatif Wan Mohammad Ammar Amsyar Wan Mohamad sempena sambutan Hari Guru di Sik, semalam. UTUSAN/NORLIA RAMLI

SIK 16 Mei - Sempena Hari Guru yang disambut hari ini, seorang murid tahun satu, Wan Mohammad Ammar Amsyar Wan Mohamad mengambil inisiatif membuat sekeping kad ucapan gergasi khas untuk dihadiahkan kepada guru-guru Sekolah Kebangsaan (SK) Sik di sini.

Wan Mohammad Ammar Amsyar, 7, berkata, kad ucapan berukuran 1.18 meter tinggi dan 1.67 meter lebar itu dihasilkan bersama ibu bapanya sejak dua hari lalu.

“Kad ini amat istimewa untuk menghargai jasa dan khidmat bakti guru-guru yang mendidik saya dan rakan-rakan.

“Ibu dan bapa banyak membantu saya menghasilkan ini dan satu lagi kad yang sama saiznya juga diberikan kepada guru-guru taman didikan kanak-kanak (tadika) yang pernah mengajar saya sebelum ini,” katanya ketika ditemui di SK Sik hari ini.

Menurut bapanya, Wan Moha­mad Wan Omar, 42, dia dan isterinya membantu menghasilkan kad ucapan tersebut bagi merea­lisasikan impian anak sulung mereka.

“Kami ingin menggembirakan hati Wan Mohammad Ammar Amsyar dengan sambutan hari kelahirannya dan menyediakan kad istimewa ini untuknya.

“Ia juga untuk memberitahu kepadanya bahawa kita perlu menghargai jasa, meng­hormati dan menyayangi guru-guru, seterusnya belajar bersungguh-sung­guh untuk berjaya pada ma­sa hadapan,” katanya.

Wan Mohamad berkata, kos menghasilkan kedua-dua kad itu adalah sekitar RM200, termasuk sumbangan peralatan daripada Hasani Book Store, Sungai Petani.

Sementara itu Guru Besar SK Sik, Shukari Yaacob berkata, beliau terharu apabila menerima kad ucapan gergasi tersebut daripada seorang murid yang kreatif.

“Saya dan 52 guru di sini amat teruja menerima kad ucapan yang unik dan inilah pertama kali kami mendapat kad seumpama­nya,” katanya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain