LIM GUAN ENG
LIM GUAN ENG

Pengumuman itu dibuat Menteri Kewangan, Lim Guan Eng ketika berucap dalam Majlis Taklimat Pelaksanaan SST di sini hari ini.

Beliau turut memberi jaminan untuk memperbaiki setiap kelemahan yang wujud dalam pelaksanaan sistem percukaian tersebut demi kebaikan semua pihak.

“Malaysia tiada pilihan untuk melaksanakan cukai ini bagi menggantikan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) untuk mengelak negara berdepan dengan masalah defisit.

“Dalam masa sama, kerajaan akan memastikan pelaksanaan SST ini juga tidak akan membebankan rakyat sekali gus meningkatkan ekonomi negara,” katanya di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE