Bagaimanapun, rakyat perlu mengubah persepsi buruk terhadap cukai kerana negara mampu memperoleh hasil atau pendapatan bagi menguruskan aktiviti pembangunan melalui kutipan cukai.

Dalam hal ini, Pengarah Eksekutif Institut Kajian Ekonomi Malaysia (MIER), Dr. Zakariah Abdul Rashid (gambar) berkata, kerajaan perlu memastikan setiap polisi seperti cukai yang ingin diperkenalkan kelak betul-betul memberi manfaat kepada rakyat, mi­salnya mewujudkan infrastruktur atau subsidi awam.

“Saya agak kabur dengan kenyataan cukai tidak membebankan rakyat, sebab setahu saya pelaksanaan cukai adalah melalui hasil pendapatan atau pembelian rakyat, sama ada secara langsung atau tidak, tetapi mungkin kerajaan ada langkah lain, saya kurang pasti.

“Apa-apa pun sebagai rakyat, kita tidak boleh menafikan peranan cukai atau lari daripada membayarnya kerana dalam sistem ekonomi Islam turut menegaskan, setiap rakyat bertanggungjawab untuk membantu membangunkan kerajaan atau negara,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.