Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, kos terbaharu itu sekali gus menjimatkan sejumlah RM15.02 bilion.

“Kos keseluruhan ini bagaimanapun tidak terhad kepada kos Pakej Kontrak Kerja (WPC), kos pengambilan tanah, kos pengurusan projek, fi perundingan, kos operasi, kos overhead, faedah pinjaman semasa pembinaan (IDC) dan kos-kos lain,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Selasa lalu, Kementerian Kewangan mengarahkan Prasarana Malaysia Bhd. (Prasarana) menyemak semula kos projek LRT3 kerana disifatkan sebagai kos yang tinggi.-UTUSAN ONLINE