Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Indonesia menyatakan lebih 67,000 rumah direkodkan musnah setakat ini, selain 468 sekolah, tiga hospital dan 10 pusat kesihatan, 15 masjid dan 20 bangunan turut musnah akibat gempa bermagnitud 7 Skala Richter itu.

“Adanya laporan tambahan kepada jumlah meninggal dunia (tetapi) masih dilakukan verifikasi. Jumlah kerugian harta benda setakat ini dianggarkan Rp2 trilliun,” kata Ketua Pusat Data Informasi dan Hubungan Masyarakat BNPB, Sutopo Purwo Nugroho dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata operasi membantu mangsa gempa di pulau itu juga menghadapi banyak rintangan kerana gempa bumi susulan masih berlaku.

“Lebih 300 gempa susulan bermagnitud rendah dicatatkan sejak gempa kuat 7 Skala Richter (Ahad lepas), dan semalam (Khamis), gempa bumi bermagnitud 6.2 Skala Richter menggoncang Lombok Utara pukul 12.25 tengah hari, ia menyukarkan pasukan penyelamat memberi bantuan perubatan, makanan dan sebagainya ke kawasan tertentu,” katanya.

-- BERNAMA