Penolong Pengarah Kanan, Cawa­ngan Sosial, Bahagian Pembangunan Keluarga, Sosial dan Komuniti di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Dr. Izwan Yusof berkata, jumlah itu meningkat mendadak berbanding hanya 173,000 individu yang direkodkan terlibat dengan aktiviti sama kira-kira lima tahun lalu.

Menurut beliau, selain gay, pelaku transgender juga menun­jukkan peningkatan dalam tempoh 30 tahun apabila hampir 30,000 direkodkan sebagai transgender tahun ini berban­ding hanya sekitar 10,000 orang pada 1988.

IZWAN YUSOF
IZWAN YUSOF 

“Pada pandangan saya, ke­dua-dua peningkatan ini berlaku disebabkan pelbagai faktor termasuk pola asuhan daripada keluarga, pengalaman hitam seperti pernah dirogol atau diliwat, ketagihan bahan pornografi atau faktor persekitaran seperti pergaulan dan sebagainya.

“Jadi, adalah pen­ting untuk ibu bapa terutamanya mengawasi perubahan tingkah laku anak-anak mereka kerana ada dalam kala­ngan LGBT (lesbian, gay, biseksual dan transgender) sebagai contoh telah dapat dilihat kecenderungan mereka sejak kecil,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas menyampaikan Seminar Peradaban dan Kecelaruan Gaya Hidup Kontemporari yang disempurnakan perasmiannya oleh Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman di Kompleks Masyarakat Penyayang di sini hari ini.

Selain Izwan, beberapa ahli panel lain turut menyampaikan ceramah pada seminar itu termasuk pegawai perubatan daripada Jabatan Kesihatan negeri, Dr. Janizah Abdul Ghani serta pegawai kanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri, Muhammad Musa.

Turut diadakan sempena semi­nar itu adalah sesi perkongsian pengalaman daripada beberapa wakil komuniti LGBT yang telah berhijrah.

Tambah Izwan, sehingga kini, seramai 1,450 individu yang terlibat dengan LGBT berjaya ‘dipu­lihkan’ secara berperingkat menerusi program yang dikenali sebagai Mukhayyam sejak beberapa tahun lalu.