Jamal Md. Yunos
JAMAL MD. YUNOS

Ketua UMNO Bahagian Su­ngai Besar, Datuk Seri Jamal Md. Yunos berkata, langkah itu diambil selepas mengambil kira sam­­butan luar biasa daripada para pe­ngunjung dan peniaga kecil yang terlibat.

“Saya terkejut apa­­­bila terdapat pe­n­gunjung dari ne­geri dan daerah lain seperti Melaka dan Sungai Buloh turut datang membeli bahan men­tah di Se­kinchan hari ini.

“Jadi, saya merancang untuk meluaskan lagi lokasi program ini di kawasan-kawasan lain dalam Selangor pada masa akan datang, tetapi saya perlu memastikan bekalan bahan mentah yang hendak dijual mencukupi,” katanya.

Program Jelajah Jualan Ikan Segar Dengan Harga Patut diadakan setiap Sabtu di kawasan berlainan, manakala Ahad di Sekinchan sejak 30 September lalu.

Program tersebut berjaya menarik minat ribuan pengunjung kerana berpeluang membeli empat jenis ikan iaitu kembung, cencaru, selayang dan mabong pada harga RM5 sekilogram.

Jelas Jamal yang juga Pengerusi Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Malaysia, beliau turut mempelbagaikan barangan jualan se­perti beras, ayam, telur dan sayur-sayu­r­an tempatan da­lam program tersebut.

Katanya, bara­n­gan­ tersebut juga dijual pada harga yang rendah kerana beliau telah menghapuskan peranan ‘orang te­ngah’.

“Alhamdulillah, setiap pe­ngunjung berpeluang membeli dua kampit beras seberat 10 kilogram dan dua ekor ayam pada harga RM7 seekor dalam program di Semenyih.

­“Lebih menggembirakan saya apabila ramai peniaga kecil turut mendapat manfaat daripada program ini kerana mereka boleh menjual hasil tanaman masing-masing,” katanya.