Pengarah JSJK Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh ketika dihubungi mengesahkan beliau masih berada dalam kediaman Ahli Parlimen Pekan, Pahang itu bagi melakukan pemeriksaan.

“Ya saya bersama pasukan berada di dalam kediaman beliau (Najib) dan saya tidak boleh mengulas lebih lanjut,” katanya.

Semalam, sepasukan polis dengan menaiki lebih daripada 10 buah kereta berserta sebuah trak tiba di rumah Najib sekitar pukul 10.15 malam.

Kediaman Najib kemudiannya digeladah kira-kira 30 minit selepas beliau pulang menunaikan solat tarawih di Masjid Kampung Baru di sini semalam. - UTUSAN ONLINE