Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Mohd Azis Jamman berkata, daripada jumlah tersebut, sebanyak 26,222 permohonan telah ditolak manakala 54,222 permohonan masih dalam proses.

“Setiap permohonan kewarganegaraan Malaysia diproses berdasarkan kepada prosedur pengendalian standard (SOP) yang diperincikan mengikut peruntukan di bawah Bahagian III Perlembagaan Persekutuan serta perundangan berkaitan seperti pendaftaran perkahwinan, kesahtarafan anak, peraturan imigresen dan pengangkatan.

“Pertimbangan terhadap fakta dan dokumen sokongan yang dikemukakan oleh pemohon dilaksanakan dengan teliti secara kes mengikut kes, mengikut giliran sewajarnya sebelum keputusan dikeluarkan,” katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Mohd. Azis menjawab soalan Steven Choong Shiau Yoon (PH-Tebrau) yang meminta kerajaan menyatakan berapakah permohonan kewarganegaraan yang telah ditolak daripada jumlah permohonan diterima sepanjang tempoh 2013 hingga 2018. -UTUSAN ONLINE