SEOUL 20 Sept. - Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un berhasrat menyegerakan pelucutan program nuklear dan mengadakan sidang kemuncak kedua dengan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dalam tempoh terdekat.
BBC melaporkan, perkara itu dinyatakan oleh Presiden Korea Selatan, Moon Jae-in yang baru menamatkan kunjungan ke Pyonyang hari ini.
Beliau memaklumkan bahawa Jong-un juga mahu Setiausaha Negara AS, Mike Pompeo mengunjungi semula Korea Utara.
Pompeo sebelum ini menyatakan kesediaan untuk mengadakan rundingan semula dengan Pyonyang dan mneyasarkan program nuklear negara itu ditamatkan menjelang 2021. - AGENSI