Pengarah Eksekutif Sibermedia, Ainol Amriz Ismail berkata, bengkel itu akan memberikan penekanan kepelbagaian gaya bahasa dan teknik penulisan yang betul agar dapat menarik perhatian pembaca.


“Sebagaimana yang kita ketahui, hari ini isu kualiti dalam penulisan menjadi perbualan ramai dan untuk itu bengkel ini sememangnya diadakan khas bertujuan untuk memastikan konsep dan format yang sebenar dalam penulisan dapat difahami.


“Jadi setiap peserta yang mengikuti bengkel ini akan mengetahui proses penulisan dengan lebih terperinci selain dapat memperbaiki serta memantapkan penulisan dan mempertingkatkan kesedaran berkaitan kepentingan profesionalisme dan integriti dalam penulisan.

“Selain pelaporan berita, bengkel ini juga akan menyentuh mengenai gaya penulisan jurnal, kisah hidup, dan travelog,” katanya di sini hari ini.

BENGKEL
BENGKEL 



Bengkel sehari ini akan bermula pada pukul 9 pagi hingga 4 petang terbuka kepada semua pelajar-pelajar institut pengajian tinggi awam dan swasta serta mereka yang ingin mendalami lagi bidang penulisan.



Bengkel ini yang akan dikendalikan sendiri oleh Ainol menawarkan yuran pendaftaran sebanyak RM100 termasuk sarapan, makan tengah hari dan minum petang selain cenderahati.



Malah, peserta akan turut menerima langganan e-paper Utusan Malaysia secara percuma selama dua minggu selain tawaran harga istimewa untuk langganan seterusnya.



Kepada mereka yang berminat untuk menyertai bengkel ini atau ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi talian atau whatsapp 011-57678055. - UTUSAN ONLINE