JCorp dalam satu kenyataan memaklumkan,  beberapa anak syarikat kumpulan berkenaan menyertai ekspo yang berlangsung sejak 6 Oktober lalu hingga esok di Dataran Mahkota, Kota Iskandar, di sini.

Antaranya, Kulim (Malaysia) Berhad, KPJ Healthcare Berhad, QSR Brands (M) Holdings Bhd, Johor Land Berhad, Damansara Assets Sdn. Bhd., TPM Technopark Sdn. Bhd., TLP Terminal Sdn. Bhd., Johor Skills Development Sdn. Bhd., dan Waqaf An-Nur Corporation Berhad (WANCorp). 

Turut mengambil bahagian Kulim Safety & Training Services, KPJ Healthcare University College, JCorp Intrapreneur (M) Berhad dan Syarikat Pengangkutan Maju Bhd., serta Divisyen Pembangunan Industri (IDD).

Justeru, orang ramai boleh mendapatkan pelbagai maklumat mengenai syarikat-syarikat yang berkaitan. - UTUSAN ONLINE