Program itu yang telah pun bermula sejak 28 Januari lalu dan berlangsung hingga 28 Februari ini adalah hanya melibatkan kompaun saman lalu lintas yang dikeluarkan Perbadanan Putrajaya (PPj).

Menurut kenyataan PPj, kadar bayaran dikenakan adalah sebanyak RM30 iaitu melibatkan saman kompaun manakala RM50 pula bagi kes mahkamah.

“Pembayaran secara tunai atau kad kredit boleh dilakukan di Kaunter Pusat Khidmat Pelanggan PPj, Presint 3 iaitu antara pukul 8:30 pagi dan 4:45 petang dari Isnin sehingga Khamis, manakala pada hari Jumaat pula dari 8.30 pagi hingga 12 tengah hari dan 3 hingga 4:45 petang,” kata kenyataan itu.

Selain itu, pembayaran boleh dilakukan secara dalam talian menerusi portal Maybank2u dan Cimb Clicks.-UTUSAN ONLINE