Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Johor dan Perak sasar kemasukan lima juta

JOHOR BAHRU 1 Jan. - Johor dan Perak masing-masing menyasarkan kemasukan kira-kira lima juta pelancong asing daripada jumlah 28 juta sasaran kemasukan pelancong ke Malaysia bersempena Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2014.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan dan Kepenggunaan Johor, Datuk Tee Siew Kong berkata, negeri itu merupakan antara negeri paling banyak mempunyai akses kemasukan ke negara ini iaitu 14 pintu masuk.

“Daripada jumlah tersebut, sebanyak lima pintu masuk utama di negeri ini antaranya Bangunan Sultan Iskandar, Kompleks Sultan Abu Bakar dan Lapangan Terbang Antarabangsa Senai bakal menampung peningkatan terbesar kemasukan pelancong asing.

“Bukan sahaja bertindak sebagai pintu masuk negara bahagian selatan, tetapi Johor turut menawarkan pelbagai destinasi pelancongan bertaraf antarabangsa antaranya Desaru, Taman Tema Legoland dan pelbagai lagi," katanya dalam sidang akhbar majlis Acara Sambutan TMM 2014 di JB Sentral, di sini hari ini.

Antara acara yang diadakan secara serentak di lima pintu masuk utama negeri Johor bagi menandakan bermulanya TMM 2014 adalah persembahan Flash Mob, Laughter Yoga dan Amazing JB City Bike Ride.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pelancongan dan Kebudayaan Perak, Nolee Ashilin Mohammed Radzi pula berkata, pelbagai acara khususnya bertaraf antarabangsa telah dirancang untuk merealisasikan sasaran menarik lima juta pelancong asing.

Antaranya, menurut beliau, adalah ‘Royal Belum World International Drums Challenge’, Festival Puisi dan Lagu Rakyat Pangkor dan Dialog Antarabangsa Pangkor.

Beliau memberitahu, program-program seumpama itu diyakini mampu menambah bilangan pelancong dari luar negara dan pada masa sama, menggalakkan penyertaan pengunjung tempatan.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain