JKM dalam satu kenyataan memberitahu, Nur Safina Mohd. Irffan dan Mohd. Ikram sebelum itu telah diserahkan oleh bapa kandung mereka kepada seorang rakannya untuk dijaga.

Menurut kenyataan itu, sejak daripada tempoh tersebut iaitu pada 1 Mei lalu, bapa kepada kanak-kanak berkenaan,

Mohd. Irffan Mohd Sukeri telah menghilangkan diri dan gagal dihubungi.

Kata kenyataan itu, ibu kepada kanak-kanak tersebut dimaklumkan telah meninggal dunia.

“Kedua-dua kanak-kanak tersebut telah diperintahkan diletakkan sementara di bawah jagaan sementara orang layak sesuai oleh Mahkamah Majistret Kangar pada 15 Mei lalu sehingga siasatan selesai.

“Sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai bapa kanak-kanak itu supaya dapat menghubungi JKM negeri,” katanya kenyataan itu di sini hari ini.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai bapa kanak-kanak tersebut diminta menghubungi Pelindung Jabatan Kebajikan Masyarakat Perlis, Nor Azura Budin di talian 04-9731970/1967 dengan segera.- UTUSAN ONLINE