Ketua Pengarahnya, Datuk Rosli Isa berkata, tiga perkara tersebut termasuklah menguatkuasakan penggunaan tempat duduk kanak-kanak dalam kereta, menggalakkan penggunaan tali pinggang keselamatan kerusi belakang dan pelaksanaan tali pinggang dalam bas ekspres.

“Tiga perkara ini menjadi fokus utama JKJR pada 2019 sebelum dikuatkuasakan tahun hadapan. Kita akan gunakan pendekatan sama seperti larangan merokok di premis makanan untuk memastikan pelaksanaannya berterusan.

“Kita sekarang ini telahpun meletakkan pendidikan jalan raya sebagai salah satu subjek kepada murid-murid sekolah rendah yang memperuntukkan dua jam sebulan bagi mendedahkan kanak-kanak mengenai keselamatan jalan raya,” katanya dalam sidang akhbar di Plaza Tol Sungai Besi di sini hari ini.

Menurut Rosli, pihaknya yakin dengan keberkesanan pendidikan itu mampu mengurangkan masalah kemalangan jalan raya ditambah dengan kerjasama pelbagai agensi swasta dan kerajaan. - UTUSAN ONLINE