Timbalan Ketua Pengarah Kastam, Datuk Paddy Abdul Halim berkata, JKDM telah terlepas pandang dan tidak mengecualikan ikan masin daripada cukai SST 10 peratus seperti yang diarahkan oleh Menteri Kewangan.

“JKDM meminta maaf atas kesilapan ini dan akan mengeluarkan arahan pengecualian seperti yang diarahkan dengan segera.

“Peniaga diminta tidak mengutip SST untuk ikan masin,” katanya dalam satu sidang akhbar bersama Menteri Kewangan, Lim Guan Eng di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE