Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Jerebu: Jaminan Indonesia disusuli kerangka tindakan

KUALA LUMPUR 19 Mei – Komitmen tinggi ditunjukkan Indonesia dalam mencegah dan mengu­rangkan masalah pencemaran jerebu merentas sempadan, telah membuktikan republik itu serius dalam tindakannya menghalang pencemaran asap yang berpunca daripada akti­viti pembaka­ran yang ti­dak terka­wal.

WAN JUNAIDI TUANKU JAAFAR

Menteri Sum­­ber Asli dan Alam Se­kitar, Datuk Seri Dr. Wan Ju­naidi Tuan­ku Jaafar ber­kata, pelbagai langkah dra­s­tik telah pun diambil pihak berkuasa negara itu termasuk mem­persiapkan anggota tamba­han serta kemudahan logistik yang lebih sistematik.

Beliau berkata, sehubungan itu pengesahan diberikan Indonesia bahawa tidak akan berlaku jerebu rentas sempadan tahun ini bukan sekadar jaminan biasa, sebalik­nya turut disusuli rangka tindakan menyeluruh bagi memastikan tiada aktiviti pembakaran berlaku di wilayahnya seperti sebelum ini.

“Selain kerangka penguatkuasaan lebih tegas, Kementerian Alam Sekitar dan Perhutanan Indonesia turut mengambil langkah proaktif bagi mencegah dan mengurangkan pencemaran asap jerebu dengan memperkemaskan pasukan bombanya dan menyediakan 3,000 anggota tambahan dari kalangan anggota polis dan tentera yang bersedia dikerah bila-bila masa sahaja sekiranya berlaku kebakaran di dalam wilayah naungannya.

“Selain tenaga kerja lebih ramai, Indonesia turut mempersiapkan logistik dengan menambah bilangan helikopter ba­gi kerja-kerja memadam kebaka­ran di samping melaksanakan pe­nambahbaikan sistem peparitan dan saliran air bagi mengelakkan kawasan kering yang berisiko da­ripada terbakar.

“Jaminan dinyatakan Indonesia disambut baik oleh negara jiran termasuk Malaysia dan Singapura memandangkan pelbagai langkah proaktif telah pun dibuat agensi yang bertanggungjawab,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain