Normala Abdullah, 56, yang meninggal dunia selepas pengsan ketika keluar dari lif hotel penginapannya, Piano Hotel, kira-kira 10.45 malam (waktu tempatan) Jumaat (19 Januari).

Menurut anak sulungnya, Muniratulakmal Mohd. Azaiauddin,32, yang kebetulan berada di Seoul kerana urusan kerja memberitahu jenazah ibunya

tiba dari Seoul di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur kira-kira 10.30 semalam.

“Jenazah ibunya tiba dari Seoul kira-kira 10.30 semalam dan dibawa pulang ke rumah di Sungai Buloh kira-kira 12 malam. Kami terkejut dengan pemergian ibu secara tiba-tiba. ,” katanya ketika ditemui selepas majlis pengebumian ibunya di Tanah Perkuburan Islam Bandar Baru Sungai Buloh di sini hari ini.

Terdahulu jenazah ibunya disolatkan di Surau Al-Ikhwan Sungai Buloh yang berdekatan rumahnya . UTUSAN ONLINE