Perarakan membawa jenazah Almarhumah dipimpin Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Turut bersama-sama baginda ialah Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah dan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Keranda Almarhumah turut diangkat cucundanya, Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Shah bersama-sama adindanya, Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman. - UTUSAN ONLINE