Terdahulu, perarakan membawa jenazah Almarhumah dipimpin Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Turut mengiringi baginda, Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah dan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Keranda Almarhumah turut diangkat cucunda, Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Shah bersama-sama adindanya, Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman. - UTUSAN ONLINE