Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Jenazah Almarhum Tuanku Abdul Halim diarak keluar

Jenazah Almarhum Tuanku Abdul Halim diarak keluar
JENAZAH Almarhum Tuanku Abdul Halim dibawa keluar menaiki pedati untuk istiadat pemakaman di Makam Jalan Langgar di sini, hari ini. - UTUSAN/FARIZ RUSADIO

ALOR SETAR 12 Sept. - Jenazah Almarhum Tuanku Abdul Halim diarak menggunakan Pedati Diraja ke Makam Diraja Langgar dengan iringan 89 das tembakan dan diiringi tiga kumpulan pengusung membabitkan ketiga-tiga ketumbukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Sementara itu, satu lagi kumpulan pengiring terdiri daripada gabungan penghulu daripada 112 mukim seluruh negeri seramai 72 orang termasuk pegawai istiadat istana diketuai oleh pemegang cogan alam, Nasrul Safarin Radzi dan pemegang cogan agam, Abdul Razak Osman melalui perjalanan sejauh 11 kilometer (km) ke Makam Diraja Langgar.

Almarhum Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah yang diputerakan pada 28 November 1927, disahkan mangkat di Istana Anak Bukit pada 2.30 petang semalam.

Pengumuman kemangkatan baginda dibuat Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah, melalui sidang akhbar khas dengan tujuh hari tempoh berkabung ditetapkan di Kedah manakala semua keraian, perayaan dan sambutan dibatalkan.

Bendera Kedah di semua bangunan Persekutuan, negeri dan milik awam di negeri itu juga perlu dikibarkan separuh tiang selama tiga hari bermula semalam.

Tuanku Abdul Halim adalah satu-satunya Raja Melayu yang dua kali memegang jawatan Yang di-Pertuan Agong.

Kali pertama selaku Yang di-Pertuan Agong ke-5 pada 21 September 1970 hingga 20 September 1975 dan kedua sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 pada 13 Disember 2011 hingga 13 Disember 2016. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain