Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, perkara itu penting untuk mengekalkan reputasi baik Malaysia yang disegani kerana jemaah hajinya yang berdisiplin dan berakhlak mulia.

“Jadi saya minta dan ingatkan kepada jemaah haji yang terpilih jangan bincang masalah politik sewaktu di sana.

“Walapun kita berbeza fahaman politik, pegangan dan ideologi, saya tidak izinkan bergaduh di sana. Sebagai tetamu Allah, lupakan dan tinggalkanlah perkara ini dekat belakang (di Malaysia),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis meraikan 72 bakal jemaah haji kawasan Parlimen Bagan Datuk di Dewan Datuk Mohamed Jamrah, Sungai Sumun dekat sini hari ini. - UTUSAN ONLINE