Othman Aziz
OTHMAN AZIZ

Beliau yang juga Timbalan Menteri Kewangan I berkata, program tersebut bakal me­ngumpulkan kira-kira 3,000 usahawan di kawasan itu dan mereka diberikan latihan serta kursus bagi memperbaiki segala bentuk kelemahan yang ada terutama berkaitan strategi pemasaran masing-masing.

“JEDI yang kita perkenalkan ini membawa maksud kepada Jerlun Entrepreneur Developement Institute. Setakat ini, kami sudah mula mengenal pasti premis yang boleh digunakan bukan sahaja untuk mereka meletakkan produk masing-masing malah bakal menjadi lokasi sesuai untuk mereka menjalani latihan terbabit.

“Selama ini kita tahu yang kebanyakan mereka berkemampuan atau dibantu untuk mendapatkan modal bagi memulakan perniagaan. Tetapi mungkin mereka mempunyai kekurangan dari aspek bimbingan dan itu menyebabkan produk masing-ma­sing ti­dak dapat dipasarkan ke peringkat lebih tinggi,” katanya.

Beliau ditemui Utusan Malaysia selepas merasmikan program Hasanah Bersama Rakyat di Sekolah Kebangsaan (SK) Putat di sini baru-baru ini.

Pada program itu, sebahagian daripada peserta usahawan JEDI turut diberi peluang untuk berniaga dengan para pe­ngunjung turut diberikan kupon secara percuma oleh Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) bagi mendapatkan barangan dikehendaki.

Mengulas lanjut katanya, para usahawan terlibat akan didedahkan terhadap konsep ‘5P’ yang menjadi tunjang kepada pemasaran produk.

“5P yang dimaksudkan itu adalah produk, promosi, pembungkusan, lokasi (place) dan harga (price).

“Melalui program ini, semua pihak akan bekerjasama. Saya sendiri akan membantu mendapatkan jalinan kerjasama bersama pihak beberapa agensi seperti Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) dan Majlis Amanah Rakyat (Mara) bagi melonjakkan perniagaan mereka,” katanya.

Faridatul Hafiza Hussin
FARIDATUL HAFIZA HUSSIN

Sementara itu salah seorang usa­hawan terlibat, Faridatul Hafiza Hussin, 40, berkata beliau yakin program tersebut dapat membantunya memasarkan telekung serta beberapa produk sampingan ke tahap lebih baik.

“Selama ini saya banyak menghasilkan jualan secara atas talian saja tetapi menerusi program Jedi ini, saya difahamkan mereka mempunyai pelbagai perancangan untuk dibuat. Justeru, saya amat berharap supaya program ini berjaya,” katanya.