Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin berkata, helikopter berharga RM105 juta setiap satu akan digunakan untuk misi menyelamat di seluruh negara.

“Dua buah helikopter baharu ini adalah penambahan kepada tujuh buah helikopter JBPM sebelum ini.

“Helikopter yang mempunyai ruang kabin terbesar dalam kelasnya ini mampu memuatkan sebanyak 18 penumpang dan dua juruterbang,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Perasmian Helikopter AW189 JBPM di Agusta Westland Sdn. Bhd. di sini hari ini.-UTUSAN ONLINE