CHONG SIN WOON
CHONG SIN WOON

Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Chong Sin Woon berkata, jawatankuasa tersebut akan merangka program-program dan meneliti kaedah-kaedah yang paling sesuai untuk membantu murid-murid SJKC dalam meningkatkan penguasaan bahasa Melayu mereka.


“Hasil mesyuarat pada hari ini yang terdiri daripada 18 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan wakil daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) membuat keputusan untuk menubuhkan jawatankuasa itu dalam masa dua minggu sementara pemilihan ahli tetap yang bakal menganggotai jawatankuasa tersebut dapat dibuat.


“Sementara itu, kami juga akan melibatkan kerjasama pakar-pakar dalam bahasa Melayu untuk memberikan pandangan serta mendapatkan sokongan daripada pihak Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP),” mengenai isu tersebut,” katanya pada sidang akhbar mesyuarat penubuhan jawatankuasa peningkatan prestasi Bahasa Malaysia di SJKC dekat sini hari ini.


Turut hadir, Timbalan Presiden Gerakan, Datuk Dominic Lau dan Pengerusi Majlis Bahasa Cina Malaysia, Datuk Eddie Heng. -UTUSAN ONLINE