KHAIRY JAMALUDDIN
KHAIRY JAMALUDDIN

Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin berkata, menteri itu tidak dapat memberi penjelasan yang meyakinkan beliau mengenai bebanan kewangan yang bakal ditanggung oleh kerajaan sekiranya janji itu mahu dilaksanakan.

Kata Khairy, jika mahu dilaksanakan juga, kerajaan mungkin perlu membuat pinjaman bagi menyediakan dana kepada pemohon baharu dan kebiasaannya pinjaman itu dijamin akan dijamin oleh kerajaan.

“Ini akan menambahkan tanggungan kerajaan yang bercanggah dengan polisi Kementerian Kewangan. Bagi saya, jawapan oleh menteri sangat tidak meyakinkan untuk melaksanakan janji ini,” katanya dalam sidang akhbar di Parlimen di sini hari ini.

Semasa sesi soal jawab, Khairy bertanyakan kepada Kementerian Pendidikan sama ada sudah dijalankan kajian mengenai tempoh purata seorang siswazah mencapai tahap gaji tersebut dan implikasi kewangan kepada kerajaan.

Maszlee bagaimanapun menjawab, janji yang mahu dilaksanakan dalam tempoh 100 hari pentadbiran Pakatan Harapan itu akan tetap dilaksanakan.- UTUSAN ONLINE