Najib Tun Razak

Perdana Menteri berkata, pentadbirannya tidak mahu membuang masa untuk terjebak dan melayan tohmahan, sebaliknya komited dan bertekad menumpu sepenuh kudrat dan usaha merencana agenda kepesatan ekonomi demi maslahah rakyat terbanyak.

“Kisah kemerdekaan Malaysia terus diisi dengan pelbagai kejayaan dan pencapaian yang disegani oleh kawan dan lawan,” katanya dalam Perutusan Hari Kebangsaan 2017.

Malaysia, katanya, kini dirujuk ramai sebagai negara yang sedang maju membangun, berteraskan pendirian yang amat jelas dalam hal-hal seperti menolak ideologi dan fahaman melampau, khususnya dalam membanteras ancaman Daesh.

“(Raja Arab Saudi) Raja Salman Abdulaziz Al-Saud telah berkenan untuk memilih Malaysia sebagai Pusat Keamanan Antarabangsa,” kata Najib.