Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata, pengagihan hibah atau bonus 1.25 peratus bagi tahun 2018 yang merupakan kadar terendah dalam sejarah Tabung Haji tidak pernah berlaku ketika pentadbiran Barisan Nasional (BN) namun pemimpin PH tetap menunding jari menyalahkan BN.

"Rata-rata pendeposit kecewa dengan apa yang berlaku terhadap Tabung Haji selepas hibah diumumkan dan sudah hilang keyakinan untuk menyimpan wang mereka di situ.

"Apa sahaja yang berlaku tuduh kerajaan terdahulu, pemimpin Pakatan Harapan mesti bersikap sebagai kerajaan dan bukannya sebagai pembangkang lagi," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Tabung Haji kelmarin mengumumkan agihan hibah atau bonus bagi tahun kewangan 2018 pada kadar 1.25 peratus melibatkan pengagihan RM913 juta kepada semua pendeposit.

Kadar hibah itu merupakan agihan terendah dalam sejarah. - UTUSAN ONLINE