MCMC dalam satu kenyataan berkata, perbuatan tidak beretika sedemikian merupakan satu kesalahan di bawah undang-undang negara khususnya Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM50,000 dan/atau tidak melebihi satu tahun penjara, jika sabit kesalahan.

Semalam, pelajar perempuan tingkatan dua sekolah berkenaan, Nur Afini Roslan, maut manakala dua pelajar lelaki cedera terkena bilah pisau traktor mesin rumput di padang sekolah itu ketika menyertai raptai perbarisan sukan. - BERNAMA