HANIF OMAR
HANIF

Ahli Lembaga Penasihat Majlis Perundingan Melayu (MPM), Tun Hanif Omar berkata, kini terdapat golongan yang tidak mahu mengaku Melayu sebaliknya mengaku sebagai rakyat Malaysia.

"Melayu kena mengaku Melayu, kalau tidak macam mana nak pertahankan hak kita, pertahankan raja Melayu.

"Artikel 153 Perlembagaan Malaysia telah beri kelebihan kepada Melayu, kalau tidak ada Melayu tidak gunalah artikel itu dan tidak perlulah Islam sebagai agama rasmi atau bahasa kebangsaan," katanya dalam majlis Konvensyen Karamah Bangsa di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE