Khairy berkata, Dr. Mahathir tidak sepatutnya berasa malu kerana kerajaan Pakatan Harapan yang menggalakkan supaya peminjam menangguhkan pembayaran hutang PTPTN.

“Jangan malu, tuan. Siapa yang keluarkan mereka daripada senarai hitam? Siapa yang janji mereka hanya perlu bayar selepas gaji mencapai RM4,000 sebulan?

“Apa pula cadangan @chedetofficial (Perdana Menteri) untuk meningkatkan pembayaran balik hutang PTPTN?” soalnya di Twitter miliknya hari ini. - UTUSAN ONLINE