Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Jangan letak masa depan negara dalam risiko

NAJIB Tun Razak mengambil juadah pada Majlis Rumah Terbuka UMNO
NAJIB Tun Razak mengambil juadah pada Majlis Rumah Terbuka UMNO di Dewan Tun Razak di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini. Turut hadir Naib Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.--fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR 16 Julai - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, rakyat diingatkan tidak meletakkan masa depan negara dalam risiko sekiranya memililih Pakatan Harapan diketuai DAP dalam Pilihan Raya Umum akan datang.

Perdana Menteri berkata, mereka seharusnya memberikan kepercayaan kepada sebuah parti yang mempunyai struktur kepemimpinan, kekuasaan, hala tuju dan kemampuan yang jelas untuk mentadbir negara.

Beliau yang juga Presiden UMNO berkata, walau bagaimanapun, beliau sedar rakyat bijak memilih antara kaca dan permata kerana UMNO dan Barisan Nasional (BN)

sudah 60 tahun mentadbir negara yang telah membawa negara ini seperti apa yang dilihat hari ini.

Malah, kata beliau, UMNO dan BN mempunyai visi dan masa depan yang jelas seperti wawasan 2020 dan Transformasi Nasional 2050 (TN50) sebagai asas kepercayaan rakyat berdasarkan bukti dan realiti.

“Kalau (masa depan Pakatan Harapan) dalam keadaan kabur dan tidak menentu, siapa yang sebenarnya menjadi kuasa penentu terhadap hala tuju, dasar parti dan sebagainya?

“Banyak yang merasakan mereka meletakkan harapan dalam risiko. Jadi sebagai rakyat biasa mengapa kita perlu berbuat demikian sedangkan UMNO dan BN mempunyai rekod baik walaupun ada sedikit sebanyak yang tidak senang hati atau ada kelemahan, tetapi umumnya dunia akui bahawa kita telah membawa negara pada tahap yang boleh dibanggakan,” katanya pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri UMNO 2017 yang diadakan di Dewan Tun Razak 1, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini. - UTUSAN ONLINE.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain