“Jangan jadi munafik,” kata Menteri Hal Ehwal Ekonomi di lobi Parlimen hari ini ketika diminta mengulas kenyataan Shamsul Iskandar yang juga Ketua Penerangan PKR.

Shamsul Iskandar menyeru pemimpin-pemimpin yang didakwa terlibat dengan salahlaku agar bercuti secara sukarela bagi memberi laluan kepada pihak berkuasa menjalankan siasatan sepenuhnya.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Industri Utama berkata, tindakan itu penting bagi memberi ruang kepada pihak berkuasa menjalankan tugas dengan bebas dan adil serta menunjukkan kepada masyarakat bahawa pemimpin-pemimpin tidak cuba berselindung di sebalik jawatan tinggi, kedudukan di dalam parti serta menjadikan Perdana Menteri sebagai perisai untuk mempertahankan mereka.

Dalam tempoh lebih sebulan kebelakangan ini, rakyat dihidangkan berita beberapa pemimpin termasuk berstatus menteri kanan dan exco dikaitkan pelbagai dakwaan salah laku termasuk seks songsang, rogol serta salah guna kuasa.-UTUSAN ONLINE