Baginda menegaskan, wanita tersebut tidak mencium seperti yang didakwa sesetengah pihak dan perkara itu jelas dapat dilihat seperti dalam rakaman video yang tersebar.

“Beliau cuba berkata sesuatu di telinga kiri saya, tetapi saya tidak dapat mendengar kerana keadaan persekitaran yang bising,” titah Sultan Ibrahim dalam satu kenyataan yang disiarkan Royal Press Office, di sini sebentar tadi.

Justeru, baginda menitahkan supaya pihak polis lebih bijaksana dalam mengendalikan kes tersebut kerana wanita berkenaan tidak melakukan apa-apa kesalahan jenayah. - UTUSAN ONLINE