Naib Pengerusi Pemuda MCA, Nicole Wong Siaw Ting berkata, ini kerana cadangan penubuhan tersebut hanya akan menjejaskan konsep liberalisasi industri automotif tempatan.

“Ini apabila Perdana Menteri mendakwa, pembinaan tersebut demi melindungi industri automotif tempatan dengan menyekat kemasukan kereta import dan rakyat negara ini lebih digalakkan membeli kereta jenama tempatan sedangkan dakwaan seperti ini disifatkan sebagai satu langkah ke belakang.

“Ini kerana dalam mana-mana pasaran bebas, liberalisasi ekonomi harus diamalkan demi menambah daya saing industri tempatan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Siaw Ting berkata, jika kerajaan mengenakan sekatan ke atas kereta import, ia akan menghalang pembangunan, malah mengehadkan pilihan pengguna semasa membeli kereta. – UTUSAN ONLINE