Presidennya, Datuk Dr. Ibrahim Ali berkata, usaha mencampuri urusan Islam itu dilihat apabila Ketua Wanita MCA mendesak supaya Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengambil tindakan dengan memecat Dr. Zamihan Mat Zin daripada jawatannya.

“Saya hendak beritahu, Jakim ada ketua pengarah, ada jawatankuasa disiplin. Bagi saya, biarlah polis siasat perkara ini.

“Tak payahlah dia (Wanita MCA) suruh Jakim pecat Zamihan. Selepas itu mereka buat macam-macam tuduhan dan apa yang dilakukan itu boleh mempengaruhi siasatan polis.

“Apa guna jadi pemimpin, jika tidak tahu soal ini. Saya hendak tanya pernahkah Islam mencampuri urusan mereka?, kalau kita campur mereka pasti akan bising,” katanya ketika ditemui selepas majlis bersama penduduk di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tendong di Kampung Manan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE