Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, rundingan tentang pembinaan jambatan baharu itu kini pada peringkat akhir.

“Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) akan mengadakan rundingan dengan kontraktor terlibat tentang pembinaan jambatan baharu itu.

“Kos pembinaannya dijangka berjumlah RM41 juta, membabitkan pembinaan jambatan dan kerja menaik taraf jalan sedia ada,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan MBJB d’KONTENA Permas Jaya, di sini sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE