Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Jalur Gemilang dikibar separuh tiang Selasa, Rabu

NAJIB TUN RAZAK melihat paparan web images.bernama.com untuk mendapatkan maklumat berita kemangkatan
NAJIB TUN RAZAK melihat paparan web images.bernama.com untuk mendapatkan maklumat berita kemangkatan Sultan Kedah, Almarhum Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah sebaik tiba di Washington, Amerika Syarikat, semalam. – BERNAMA

WASHINGTON 11 Sept. – Kerajaan mengisytiharkan Jalur Gemilang dikibarkan separuh tiang di seluruh negara sebagai tanda berkabung berikutan kemangkatan Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, bendera Malaysia itu dikibarkan separuh tiang selama dua hari bermula dari hari pemakaman jenazah Almarhum Sultan Abdul Halim esok dan Rabu.

“Kerajaan ambil keputusan untuk mengisytiharkan dua hari bendera Malaysia dikibarkan separuh tiang bermula Selasa (esok) dan Rabu,” katanya kepada wartawan Malaysia di sini hari ini.

Perdana Menteri berada di Wa­shington untuk lawatan kerja tiga hari termasuk mengadakan pertemuan dengan Presiden Amerika Syarikat, Donald J. Trump di White House pada 12 September.

Sultan Abdul Halim, 90, mang­kat di Istana Anak Bukit, Alor Setar pada 2.30 petang tadi (waktu Malaysia).

Najib berkata, beliau dimaklumkan mengenai kemangkatan Sultan Abdul Halim ketika dalam penerbangan ke Washington.

“Saya menerima berita kemangkatan Almarhum Tuanku dengan penuh rasa sedih dan dukacita, Almarhum Tuanku mempunyai hubungan yang begitu akrab dengan saya lagi mesra ketika Almarhum Tuanku menjadi Yang di-Pertuan Agong Ke-14,” kata beliau. – BERNAMA

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain