Unit Komunikasi Korporat Jakess dalam satu kenyataan memaklumkan, kursus dua hari bermula 8 Oktober itu turut mendapat bimbingan Zamzurizaid Yazed selaku fasilitator daripada Arkib Negara Malaysia.

Kata kenyataan itu, tujuan lain kursus berkenaan adalah bagi memberi kefahaman tentang keperluan pemeliharaan dan pemuliharaan rekod-rekod kerajaan selaras dengan Akta Arkib Negara 2003 (Akta 629) dan Pekeliling Perkhidmatan Bil. 5 Tahun 2007.

“Pemeliharaan dan pemuliharaan rekod penting bagi melindungi rekod daripada sebarang kemusnahan seperti akibat banjir, kebakaran, tanah runtuh, serangan makhluk perosak, vandalisme, faktor kimia dan sebagainya.

“Dalam kursus tersebut, peserta turut didedahkan dengan teknik pengeringan yang digunakan iaitu sidai, helaian dan haba bagi menyelamatkan rekod,” ujarnya. - UTUSAN ONLINE