Ketua Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Datuk Seri Zulkifli Abdullah, tiga daripada kawasan tersebut terletak dalam jajahan ini.

Beliau berkata, kesemua kawasan tersebut adalah sebahagian daripada 178 kawasan merah yang dikenal pasti di seluruh negara bagaimanapun perubahan positif telah kelihatan.

"Penyalahgunaan dadah di Kelantan serius kerana antara yang tertinggi di negara ini dan kita memberikan tumpuan yang sepenuhnya khususnya langkah-langkah pencegahan di kawasan tersebut.

"Untuk menghapuskan gejala ini, kita perlu 'menjaga kain orang' kerana masalah ini penyakit sosial yang merebak, kalau kita tidak jaga kain orang, penyakit ini boleh merebak pada kita juga," katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Perbincangan Meja BUlat Pencegahan dan Rawatan Dadah, Apa Solusi Baharu? di Kompleks Islam Jubli Perak, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi Majlis Amal Islami Malaysi (MAIM) Kelantan, Dr. Mohamad Hamzah; Setiausah Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik), Rusydee Abdullah; Pengarah AADK negeri, Rohayu Ahmad dan Pengarah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) negeri, Mahadi Awang.

Majlis yang disertai 115 peserta daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta imam-imam masjid tersebut merupakan anjuran (MAIM) Kelantan dengan kerjasama AADK, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dan Maik. - UTUSAN ONLINE