Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Jabatan Imigresen naik taraf kaunter KLIA

Mustafar Ali
Mustafar Ali

SEPANG 16 Mei - Jabatan Imigresen melaksanakan penjenamaan semula terhadap kaunter Visa Ketibaan (VOA) dan Jointship dalam usaha menambahbaik proses keluar masuk di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali berkata, langkah menaiktaraf kaunter VOA dijangka memudahkan urusan kemasukan warga China dan India yang tiba dari Singapura, Thailand dan Indonesia ke negara ini.

"Manakala kemudahan Jointship pula diberikan kepada anak-anak kapal atau kelasi warga asing yang memasuki melalui Malaysia untuk menaiki pelabuhan dalam negara ini.

"Anak-anak kapal berkenaan perlu menunjukkan buku seaman dan surat makluman dari agen perkapalan yang mengesahkan kapal bakal dinaiki mereka berlabuh di mana-mana pelabuhan di Malaysia," katanya dalam sidang akhbar sempena Majlis Perasmian Kaunter VOA dan Jointship di KLIA di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain