Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Mustafar Ali berkata, golongan media selama ini telah menjadi mata dan telinga termasuk berperanan sebagai penghubung badan penguatkuasaan itu dengan masyarakat bagi menyampaikan mesej untuk rakyat.

"Peranan wartawan dan media massa bukan sahaja memenuhi hak rakyat untuk mengetahui nilai asas demokrasi, tetapi bertanggungjawab dalam menegakkan kedaulatan undang-undang dan hak asasi manusia menerusi penyampaian berita.

"Jabatan Imigresen mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua wartawan dan pengamal media yang selama ini memberikan kerjasama dan menjadi rakan strategik dalam memberikan liputan berita, laporan khas dan menyertai program dianjurkan kami," katanya dalam satu kenyataan hari ini bersempena Hari Wartawan Nasional (Hawana) 2018.